Wednesday, March 29, 2017

TANGAN SIAPAKAH INI?

inilah tangan insan yang mengandungkan aku 9bulan
melahirkan diriku
membesarkanku
menjaga dan merawat ku dikala sakit demam
memberi semangat dikala aku jatuh dan bangun
inilah mok aku..
2tangan yang berbeza salah 1 adalah disaat mok sihat dan 1 lagi dikali mok aku bertaruh nyawa melawan sakit iaitu pendarahan dalam kepala.menitis airmataku apabila doktor terpaksa cucuk tangan mok dan doktor terpaksa minta aku ikatkan tangan mok aku pada penjuru katil.YA ALLAH,masatu hancurnya hatiku terpaksa buat demikian kerana faktor keselamatan mok.sampai darah merecik dipipi mukaku kerana mok tidak dapat kawal emosi kerana gangguan pendarahan dalam kepala.
saat ini,aku dan anak saudaraku najihah,menjaga mok diwad,sehinggakan kami menyorok bawah katil dan dalam tandas kerana setiap kali habis masa melawat ,kompem pok guard dan mok guard akan halau siapa yang jaga melebihi seorang,namun aku dan anak saudara tetap keraskan diri dan menyorok bawah katil dan buat buat berlakon menjadi penjaga pesakit sebelah.demi mok..
Disaat ini,aku ambil cuti 1minggu untuk merawat mok aku dalam hospital terengganu
dikala mok aku sakit tenat,aku perlukan semangat keluarga dan sangat perlukan kekuatan iaitu ayah..namun aku xda ayah..saat ini hanya ALLAH SWT je tahu segalanya,apa yang aku rasakan..
semuanya hanya tinggal kenangan,kerana aku hilang pok dan mok
aku sangat merindui mereka..
terlalu dan terlampau dahagakan kasih sayang mereka..namun aku redha dengan ujian dunia dan aku kena terus bangkit menjalani perjalanan hidup walaupun ada kalanya aku jatuh..namun kini suamilah semangat yang aku perlukan selama ini...
semoga arwah mok dan pok tenang dan dalam golongan orang-orang yang beriman dan amal solleh.
.amin ya rabb..




No comments:

Post a Comment